Photographer in Rembau | Negeri Sembilan

6:23 PM Unknown 0 Comments

Wafie & Jaja


13 April lalu, 1 majlis ijab kabul antara dua pasangan yang telah memulakan bibit cintanya sejak di Universiti lagi. Diikuti juga majlis persandingan. Suasana Kampung Belitong, Rembau yang admin kira sangat indah dan kaya dengan alam semula jadi, dilitupi gunung ganang penuh kehijauan, terdapat juga air terjun yang mana tidak ramai orang luar yang tahu. 
Majlis pernikahan saudara Wafie & saudari Aizah(Jaja) telah disaksikan dengan meriahnya oleh keluarga-keluarga rapat juga sanak saudara yang mengelilingi pengantin ketika itu. Tidak lupa juga keluarga dan penduduk kampung Saudari Jaja yang sangat peramah. 
Sesi outdoor kami hanya bawak di kawasan berhampiran iaitu air terjun yang admin sebut tadi.
Majlis persandingan, pengantin mengenakan pakaian hijau nak ke turquoise agaknya, atau tertier color dalam Art. Rekaan pakaian yang indah berserta pelamin ini telah disediakan oleh Jessica Bridal, sebagai wedding planner.

Terima kasih kami ucapkan kepada pasangan pengantin dan seluruh warga kerja, penanggah, brader DJ, dan juga seluruh keluarga pengantin yang begitu sporting memberikan kerjasama sekaligus melancarkan keseluruhan majlis pernikahan dan persandingan Wafie & Jaja.  




photographer :: Azizul |Hariz
directed by khatarastudio
edited by khatarastudio team

© 2013. All Rights Reserved. Khatarastudio
Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.


tags:: Wedding Photographer, Jurufoto perkahwinan, Perkahwinan di Rembau, Jurugambar, Pertunangan, Pre Wedding, Post Wedding


You Might Also Like

0 comments:

VISITORS COUNTER